Baru- baru ini bertempat di Malaysia Argo Exposition Park Serdang, Selangor(MAEPS) berlangsung Seminar Usahawan Tani Muda anjuran Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan,(NATC) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Seminar satu hari ini bertujuan untuk mengumpulkan usahawan- usahawan yang terlibat dalam pelbagai bidang sektor pertanian dalam satu seminar.
para peserta seminar usahawan tadi muda sedang mendaftarkan diri. Walaupun sessi pendaftaran ini mengambil masa, tetapi semuanya berjalan dengan lancar. Antara agensi yang terlibat dalam seminar ini ialah Jabatan Perkhidmatan Veterina, Argo Bank, Tekun, FAMA, Jabatan Perikanan, Jabatan PertanianKADA, MADA, Lembaga Nenas Malaysia dan lain- lain agensi lagi. Dengan adanya agensi-agensi ini secara tidak langsung memberi maklumat, khidmat nasihat dan bantuan dari semua aspek.
Seminar bermula dengan taklimat daripada Dr. Rohani iaitu Pendaftar Kolej Pertanian Malaysia dengan intipati ucapan lebih kepada objektif seminar ini diadakan. Selepas itu sessi ' ice breaking' iaitu sessi beramah mesra antara peserta. Melalui sessi ini para peserta dapat mengenali background para peserta yang lain dan bertukar pendapat dengan pelbagai perkara yang diutarakan. Selain itu dapat meluaskan jaringan perniagaan masing- masing. Ucapan perasmian dirasmikan oleh Pegawai Tugas khas Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mohd Hashim Bin Abdullah dan taklimat berkenaan dengan asas perniagaan disampaikan oleh Pengarah urusan Tekun, Datuk Abdul Rahim bin Hassan
pengusaha pertanian berbangsa lain tak der ker dijemput? heran betul..