Majlis pelancaran usahawan tani muda jaya & bengkel keusahawanan tani


Pada 19 - 22 Disember 2009 bertempat di Kolej 12 & 14 Universiti Putra Malaysia dan MAEPS Serdang Selangor berlansung Majlis Pelancaran Program Usahawan Tani Muda Jaya dan Bengkel Keusahawan Graduan Tani yang dianjurkan oleh Majlis Latihan Kebangsaan (NATC).

Perasmian dilakukan oleh Y.B Datuk Seri Noh Bin HJ Omar Menteri Pertanian & Industri Asas Tani. Antara intipati ucapannya ialah memastikan golongan belia dan graduan menyertai di dalam sektor pertanian bagi memastikan rantaian nilai iaitu pengeluaran pertanian hingga kepada pemasaran produk tidak terjejas dengan mewujudkan Taman Intregasi Perkampungan Siswazah.

Turut dipamerkan booth hasil jualan pertanian oleh usahawan tempatan disamping booth dari agensi- agensi kerajaan dalam menghebahkan maklumat, memberi bimbingan nasihat dan Meneliti masalah yang dialami oleh para usahawan.



Antara peserta Keusahawanan Graduan Tani 2009. Antara objektif bengkel ini ialah sebagai pendedahan kepada pelatih tentang keusahawanan sebagai kejaya pilihan, menerapkan budaya keusahawanan di kalangan pelatih, serta menilai dan mengenal pasti pelatih yang berpontesi untuk menceburi bidang keusahawanan pertanian.

Modul- modul yang dibentangkan ialah Peluang Usahawan Pertanian Jaya, Peluang Pembiayaan untuk Usahawan, Potensi dalam industri Pertanian san Ternakan Integriti dan Tatacara Permohonan dan Peluang-Peluang Pinjaman

Diakhiri bengkel ialah sessi penilaian peserta kursus dan majlis penyampaian sijil.

Comments

0 Responses to "Majlis pelancaran usahawan tani muda jaya & bengkel keusahawanan tani"

Post a Comment

Memo

Pameran: Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show (Maha) 2010


Tarikh: mula, 26 hb NOV 2010, selama 10 hari

Masa:


Tempat:
Malaysia Agro-Exposition Park Serdang (MAEPS)


slide

Chat

Profil Syarikat

D ONE FARM
(RA 0017033-A )
D/A SEKOLAH RUMINAN
KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA,
KAMPUS BUKIT TANGGA,
06050 BUKIT KAYU HITAM,
KEDAH DARUL AMAN.

E-MAIL: donefarm@gmail.com

Followers

Jumlah Pelawat

Apakah bidang pertanian yang menjadi pilihan anda?