Seminar Usahawan Tani Muda, MAEPS, Serdang Selangor

Baru- baru ini bertempat di Malaysia Argo Exposition Park Serdang, Selangor(MAEPS) berlangsung Seminar Usahawan Tani Muda anjuran Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan,(NATC) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Seminar satu hari ini bertujuan untuk mengumpulkan usahawan- usahawan yang terlibat dalam pelbagai bidang sektor pertanian dalam satu seminar.
para peserta sedang menunggu untuk mendaftar
bergambar sebelum memasuki dewan seminar.
para peserta seminar usahawan tadi muda sedang mendaftarkan diri. Walaupun sessi pendaftaran ini mengambil masa, tetapi semuanya berjalan dengan lancar. Antara agensi yang terlibat dalam seminar ini ialah Jabatan Perkhidmatan Veterina, Argo Bank, Tekun, FAMA, Jabatan Perikanan, Jabatan PertanianKADA, MADA, Lembaga Nenas Malaysia dan lain- lain agensi lagi. Dengan adanya agensi-agensi ini secara tidak langsung memberi maklumat, khidmat nasihat dan bantuan dari semua aspek.
Seminar bermula dengan taklimat daripada Dr. Rohani iaitu Pendaftar Kolej Pertanian Malaysia dengan intipati ucapan lebih kepada objektif seminar ini diadakan. Selepas itu sessi ' ice breaking' iaitu sessi beramah mesra antara peserta. Melalui sessi ini para peserta dapat mengenali background para peserta yang lain dan bertukar pendapat dengan pelbagai perkara yang diutarakan. Selain itu dapat meluaskan jaringan perniagaan masing- masing. Ucapan perasmian dirasmikan oleh Pegawai Tugas khas Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mohd Hashim Bin Abdullah dan taklimat berkenaan dengan asas perniagaan disampaikan oleh Pengarah urusan Tekun, Datuk Abdul Rahim bin Hassan
Seminar diakhiri dengan sessi dialog antara para peserta dengan panel- panel yang berkenaan.

Comments

1 Response to "Seminar Usahawan Tani Muda, MAEPS, Serdang Selangor"

Anonymous said... November 26, 2010 at 3:31 PM

pengusaha pertanian berbangsa lain tak der ker dijemput? heran betul..

Post a Comment

Memo

Pameran: Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show (Maha) 2010


Tarikh: mula, 26 hb NOV 2010, selama 10 hari

Masa:


Tempat:
Malaysia Agro-Exposition Park Serdang (MAEPS)


slide

Chat

Profil Syarikat

D ONE FARM
(RA 0017033-A )
D/A SEKOLAH RUMINAN
KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA,
KAMPUS BUKIT TANGGA,
06050 BUKIT KAYU HITAM,
KEDAH DARUL AMAN.

E-MAIL: donefarm@gmail.com

Followers

Jumlah Pelawat

Apakah bidang pertanian yang menjadi pilihan anda?

BlogMalaysia.com