hari peladang, penternak dan nelayan peringkat negeri selangor 2009

Baru- baru ini bertempat di perkarangan stadium Melawati, Shah Alam Selangor berlangsung pameran dan jualan semperna hari Peladang , Penternak dan Nelayan peringkat negeri Selangor.
Antara agensi kerajaan yang terlibat ialah Jabatan Pertanian, MARDI, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, FAMA dan jualan daripada pihak swasta.

jualan mesin- mesin pertanian
antara ternakan yang dipamerkan.

Majlis pelancaran usahawan tani muda jaya & bengkel keusahawanan tani


Pada 19 - 22 Disember 2009 bertempat di Kolej 12 & 14 Universiti Putra Malaysia dan MAEPS Serdang Selangor berlansung Majlis Pelancaran Program Usahawan Tani Muda Jaya dan Bengkel Keusahawan Graduan Tani yang dianjurkan oleh Majlis Latihan Kebangsaan (NATC).

Perasmian dilakukan oleh Y.B Datuk Seri Noh Bin HJ Omar Menteri Pertanian & Industri Asas Tani. Antara intipati ucapannya ialah memastikan golongan belia dan graduan menyertai di dalam sektor pertanian bagi memastikan rantaian nilai iaitu pengeluaran pertanian hingga kepada pemasaran produk tidak terjejas dengan mewujudkan Taman Intregasi Perkampungan Siswazah.

Turut dipamerkan booth hasil jualan pertanian oleh usahawan tempatan disamping booth dari agensi- agensi kerajaan dalam menghebahkan maklumat, memberi bimbingan nasihat dan Meneliti masalah yang dialami oleh para usahawan.



Antara peserta Keusahawanan Graduan Tani 2009. Antara objektif bengkel ini ialah sebagai pendedahan kepada pelatih tentang keusahawanan sebagai kejaya pilihan, menerapkan budaya keusahawanan di kalangan pelatih, serta menilai dan mengenal pasti pelatih yang berpontesi untuk menceburi bidang keusahawanan pertanian.

Modul- modul yang dibentangkan ialah Peluang Usahawan Pertanian Jaya, Peluang Pembiayaan untuk Usahawan, Potensi dalam industri Pertanian san Ternakan Integriti dan Tatacara Permohonan dan Peluang-Peluang Pinjaman

Diakhiri bengkel ialah sessi penilaian peserta kursus dan majlis penyampaian sijil.

Seminar Usahawan Tani Muda, MAEPS, Serdang Selangor

Baru- baru ini bertempat di Malaysia Argo Exposition Park Serdang, Selangor(MAEPS) berlangsung Seminar Usahawan Tani Muda anjuran Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan,(NATC) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Seminar satu hari ini bertujuan untuk mengumpulkan usahawan- usahawan yang terlibat dalam pelbagai bidang sektor pertanian dalam satu seminar.
para peserta sedang menunggu untuk mendaftar
bergambar sebelum memasuki dewan seminar.
para peserta seminar usahawan tadi muda sedang mendaftarkan diri. Walaupun sessi pendaftaran ini mengambil masa, tetapi semuanya berjalan dengan lancar. Antara agensi yang terlibat dalam seminar ini ialah Jabatan Perkhidmatan Veterina, Argo Bank, Tekun, FAMA, Jabatan Perikanan, Jabatan PertanianKADA, MADA, Lembaga Nenas Malaysia dan lain- lain agensi lagi. Dengan adanya agensi-agensi ini secara tidak langsung memberi maklumat, khidmat nasihat dan bantuan dari semua aspek.
Seminar bermula dengan taklimat daripada Dr. Rohani iaitu Pendaftar Kolej Pertanian Malaysia dengan intipati ucapan lebih kepada objektif seminar ini diadakan. Selepas itu sessi ' ice breaking' iaitu sessi beramah mesra antara peserta. Melalui sessi ini para peserta dapat mengenali background para peserta yang lain dan bertukar pendapat dengan pelbagai perkara yang diutarakan. Selain itu dapat meluaskan jaringan perniagaan masing- masing. Ucapan perasmian dirasmikan oleh Pegawai Tugas khas Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mohd Hashim Bin Abdullah dan taklimat berkenaan dengan asas perniagaan disampaikan oleh Pengarah urusan Tekun, Datuk Abdul Rahim bin Hassan
Seminar diakhiri dengan sessi dialog antara para peserta dengan panel- panel yang berkenaan.

penerimaan kambing " second batch" di ladang kami

Penerimaan kambing Cross ke ladang kami pada 4 Dis 2009 jam 4.30 ptg. Sebanyak 124 ekor di terima pada pengambilan second batch ini, menjadikan jumlah keseluruhan 200 ekor kambing di ladang kami.
Pembahagian kambing dilakukan terus iaitu 25 ekor kambing bagi setiap kandang. Pembahagian dilakukan pada hari yang sama bagi mengelakkan kambing strees dimasa akan datang dan memudahkan pengurusan ternakan.


Keadaan kambing di dalam kandang selepas penerimaan. Kerja- kerja pembahagian kambing selesai pada pukul 6.40 petang.

Karnival Usahawan Dan ICT,Felda Bkt. Tangga, Bkt Kayu Hitam,Kedah

antara Program yang berlangsung ialah :

Pameran Usahawan
Bengkel Usahawan
Pertandingan Bola Sepak
Bengkel ICT
Explorace
Kempen Derma Darah
Pameran Go-Kart & mini Bike
Pertandingan Moto Klasik, Skuterama
Auto show, Audio Car
Sukaneka, Sukan rakyat..

untuk maklumat lanjut:

http://kuspidbkh.blogspot.com




Memo

Pameran: Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show (Maha) 2010


Tarikh: mula, 26 hb NOV 2010, selama 10 hari

Masa:


Tempat:
Malaysia Agro-Exposition Park Serdang (MAEPS)


slide

Chat

Profil Syarikat

D ONE FARM
(RA 0017033-A )
D/A SEKOLAH RUMINAN
KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA,
KAMPUS BUKIT TANGGA,
06050 BUKIT KAYU HITAM,
KEDAH DARUL AMAN.

E-MAIL: donefarm@gmail.com

Followers

Jumlah Pelawat

Apakah bidang pertanian yang menjadi pilihan anda?

BlogMalaysia.com